Showing posts with label NOVEL MELAYU. Show all posts
Showing posts with label NOVEL MELAYU. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

PEMUSNAH HATI

PEMUSNAH HATI

Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy yang menanggung akibatnya!

Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya.

Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan beberapa kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal. "Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA. "Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.

Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang sukar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap. "Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.

Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Dapatkah Aisy mencari Qartal yang 'hilang'? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?

ADD RM10 (SM) RM14 (S/S)

http://www.wasap.my/601132535046
SMS,DM, EMAIL OR PM FB PAGE☝

#pemusnahhati #novelmelayu #novelcinta #cintancintun #novelonline #

Monday, November 28, 2016

NOVEL - MIMPIKAN AKU,PLEASE!


Sinopsis

Laila Elise Katrina berdendam dengan bapanya kerana menyebabkan dia tidak berkesempatan bertemu ibunya buat kali yang terakhir. Kejayaannya langsung tidak bermakna pada dirinya. Daddy kejam!
Hati yang terluka semakin parah apabila bapanya mempertaruhkan masa hadapannya dengan Zarith, demi kepentingan syarikat. Elise tidak sanggup hidup bersama Zarith, playboy tersohor di KL lalu lelaki itu ditinggalkan pada hari pernikahan mereka.
Zarith tegar memburu Elise kerana telah memalukan keluarga, lebih-lebih lagi dirinya yang tidak pernah ditolak oleh mana-mana perempuan.
Demi Great Pan’s, Akbar Adil Haikasy sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya. Dia rela hidup sehelai sepinggang daripada menerajui empayar perniagaan ayahnya, Tan Sri Imran.
Pertemuan Elise yang petah berkata-kata dan Akbar yang perengus di hadapan pintu Great Pan’s membuka lembaran baru dalam hidup mereka.
“Awak ni datang bulan ya?” sindir Elise.
Akbar berang. “Lebih baik kau blah, jangan kacau aku!”
“Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,” beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.
Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, “bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.”
Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia ‘ter’renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan….
“Nampak tak apa yang aku cakap tadi?”
“Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teeth. Here.” Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.
Penyatuan mereka dalam keadaan yang tidak terduga. Namun, Elise tetap bersyukur kerana dijodohkan dengan Akbar.
Kehadiran Zarith mengganggu ketenteraman hidup mereka hingga menyebabkan Elise membawa diri ke tanah tempat tumpah darah arwah ibunya. Akbar ditinggalkan dengan harapan dia bisa menemui dirinya yang dahulu, iaitu Elise yang mencintai Akbar.
Akbar reda dalam derita ditinggalkan Elise. Kehilangan. Kita takkan pernah tahu erti kehilangan sehinggalah kita merasakannya.
Tegakah Elise terus membiarkan dirinya hanyut dalam pencarian dirinya yang tidak berkesudahan itu? Sampai bila pula Akbar sabar menunggu?
“Ibarat dua hati yang sudah ditakdirkan bersatu, maka akan bertemu jua walaupun terpisah ke hujung dunia.”